ANUGERAH BELIA NEGARA

Kembali

"Anugerah Perdana Pertubuhan Belia peringkat Daerah tidak dipertandingkan pada tahun ini"

 

1. KATEGORI TOKOH JASA BELIA LELAKI DAN WANITA

    BIL
    KRITERIA PENILAIAN
    MARKAH MAKSIMUM (100% )

     

    1

     

     

    TARAF USAHA, TUGAS ATAU PERJUANGAN

    1. Kepentingan usaha, tugas atau perjuangan kepada masyarakat (10)
      • Usaha, tugas atau perjuangan yang dilakukan hendaklah mempunyai kepentingan masyarakat samada dari segi manfaat, imej dan penyelesaian masalah
      • Usaha, tugas dan perjuangan mestilah diiktiraf di peringkat daerah / negeri / kebangsaan / antarabangsa
    2. Darjah kesukaran dan pengorbanan yang telah dilalui untuk menjayakan usaha (10)
      • Usaha, tugas atau perjuangan hendaklah bercirikan kesukaran dan kesulitan
      • Usaha, tugas dan perjuangan hendaklah bersifat pengorbanan dari segi masa, tenaga dan pendedahan kepada keselamatan nyawa dan fizikal
    3. Persiapan dari segi pengetahuan dan latihan yang diperlukan untuk menjayakan usaha (10)
      • Menunjukkan semangat untuk berjaya yang sangat tinggi dan telah berusaha mendapatkan pengetahuan.
      • Persiapan-persiapan yang diperlukan dari segi mental dan fizikal
    4. Pandangan dan sokongan masyarakat terhadap usaha yang dilakukan (10)
      • Mendapat sokongan jangkaan pencapaian yang tinggi dari masyarakat atau :
      • Berhadapan dengan pandangan negatif masyarakat

     

    40

     

    2

     

     

    PENCAPAIAN

    1. Ketetapan hasil berbanding matlamat (10)
      • Kejayaan yang diperolehi dengan tepat dari segi masa dan tempat
      • Berfaedah dan dapat menaikkan imej
    2. Pengiktirafan dan sokongan masyarakat (10)
      • Hasil usaha yang dicapai telah mendapat pengiktirafan, sanjungan dan sokongan masyarakat mengikut peringkat usia
    3. Kerjasama dan jasa (10)
      • Jasa-jasa yang telah dicurahkan kepada kerja-kerja belia
      • Kerjasama yang telah diberikan dalam melaksanakan program-program anjuran Jabatan Belia dan Sukan
      • Kerjasama dan bantuan yang telah diberikan dalam pelaksanaan Program Rakan Muda
      • Kerjasama dan bantuan kepada aktiviti-aktiviti persatuan belia

     

    30

     

     

    3

     

    KUALITI DIRI

    1. Kemantapan pengurusan diri (10)
      • Calon telah menunjukkan keupayaan mengurus dari segi penggunaan masa, sumber, kemahiran sosial dan lain-lain
      • Calon telah mencapai sahsiah diri yang tinggi seperti jujur, berakhlak, menghormati dan menghargai orang lain dan lain-lain
    2. Keupayaan menyesuaikan  diri dan persekitaran sukar / rintangan (10)
    3. Kegigihan semangat, latihan dan pengurusan kemahiran (5)
    4. Kegigihan memimpin dan perhubungan manusia (5)
      • Calon telah dapat mempamerkan keupayaan memimpin organisasi atau usaha yang dilakukan dengan baik

     

    30

    JUMLAH KESELURUHAN
    100

Kembali