SYARAT-SYARAT PENCALONAN
Syarat-syarat pencalonan adalah seperti berikut :-
- Calon mestilah warganegara Malaysia
- Berumur tidak kurang 15 hingga 40 tahun pada 15 Mei tahun penganugerahan.
- Permohonan hendaklah dicalonkan dan disokong oleh pertubuhan / institusi yang berkenaan.
- Pemohon wajib mengemukakan perkara-perkara berikut :
- Borang pencalonan KBS:ABN 01
- Resume
- Kad pengenalan / Sijil Pendaftaran
- Sijil / Dokumen pencapaian
- Surat akuan / gambar / dokumen / sokongan
- Laporan ringkas pencapaian
- Lain-lain dokumen / sijil yang boleh menyokong pencalonan anda.
- Syarat-syarat tambahan :-
- Anugerah Perdana Pertubuhan Belia
- Persatuan yang bergabung dengan Majlis Belia Malaysia, Majlis Belia Negeri, Majlis Belia Daerah dan persatuan yang diiktiraf sebagai persatuan belia.
- Perlembagaan persatuan
- Laporan tahunan 3 tahun terakhir termasuk tahun yang dinilai.
- Hanya pemenang tahun semasa bagi setiap peringkat layak untuk menyertai penilaian peringkat seterusnya.
- Pencalonan peringkat kebangsaan hendaklah johan peringkat negeri kecuali persatuan belia peringkat kebangsaan.
- Johan peringkat daerah/ negeri dan kebangsaan pada 2 (dua) tahun sebelumnya tidak layak untuk dipertandingkan.
- Kategori Usahawan
- Penyata kewangan yang diaudit 3 tahun terakhir termasuk tahun yang dinilai.
- Kategori Kemahiran & Inovasi.
- Pencalonan berbentuk penyelidikan, perisian dan analisis tidak layak.
- Anugerah Perdana Pertubuhan Belia
- Borang penyertaan boleh di dapati seperti berikut:-
- Kementerian Belia dan Sukan Malaysia.
- Jabatan Belia dan Sukan Negeri
- Pejabat Belia dan Sukan Daerah
- Pertubuhan Belia Peringkat Kebangsaan.
- Majlis Belia Malaysia (MBM)
- Setiap pencalonan hendaklah melalui borang yang disediakan dan dimajukan kepada Urusetia Anugerah Belia Negeri melalui;
Pengarah,
Jabatan Belia dan Sukan,
Negeri masing-masing.
PENYERTAAN PERINGKAT KEBANGSAAN
- Pemenang Anugerah Belia Negara Peringkat Negeri dengan sendiri layak untuk dicalonkan ke peringkat Kebangsaan mewakili negeri yang berkenaan.
- Jika sekiranya tiada penganugerahan di peringkat negeri bagi sesuatu kategori disebabkan oleh kurang pencalonan atau sebab-sebab yang munasabah tetapi terdapat calon yang layak untuk dipertandingkan / dicalonkan di peringkat Kebangsaan maka pencalonan boleh dikemukakan bagi mewakili negeri berkenaan.