ANUGERAH BELIA NEGARA 2010

"Anugerah Perdana Pertubuhan Belia peringkat Daerah tidak dipertandingkan pada tahun ini"

 

PENDAHULUAN

Anugerah Belia Negara adalah satu program pengiktirafan oleh Kerajaan kepada individu atau organisasi yang telah menunjukkan jasa dan sumbangan yang cemerlang kepada pembangunan belia. Ia bermula pada tahun 1988, di mana pada peringkat awalnya dikenali sebagai Anugerah Tahunan Usahawan Muda ( ATUM ) yang diberikan kepada usahawan-usahawan belia yang berjaya. Pada tahun 1990, ketiga-tiga jenis anugerah telah dirangkumkan menjadi satu dengan nama Anugerah Belia Negara. Ia dibahagikan kepada 3 kategori iaitu kategori Persatuan, Kepimpinan dan Keusahawanan.


Sebelum itu program ini dikenali dengan nama Kurnia Belia Jaya ( KBJ ) yang hanya diberikan kepada pertubuhan-pertubuhan yang berjaya, kemudian diikuti dengan Anugerah Kepimpinan Belia Negara yang diberikan kepada pemimpin-pemimpin belia yang cemerlang. Sehinggalah pada tahun 1997 , kategori penganugerahan tersebut telah ditambah dan diperluaskan kepada 10 kategori dan 4 kategori khas.


Di peringkat negeri , Anugerah ini di sesetengah Negeri dikenali dengan Hadiah Belia Jaya ( HBJ ). Pemenang-pemenang di peringkat negeri akan dicalonkan pula untuk Kurnia Belia Jaya di peringkat Kebangsaan. Apabila Anugerah Belia Negara diperkenalkan mengikut 10 kategori, pencalonan telah dibuka kepada semua belia-belia yang aktif kecuali kategori Persatuan dan Kepimpinan dikhaskan kepada persatuan dan pemimpin belia. Maka, bagi sesetengah negeri, pelaksanaan pemberian anugerah tidak lagi aktif. Namun begitu , masih ada negeri-negeri yang meneruskan tradisi memberikan anugerah kepada pemimpin-pemimpin dan persatuan-persatuan belia yang aktif.

Bagi menyelaraskan pemberian anugerah di antara peringkat negeri dan kebangsaan maka dicadangkan supaya program Anugerah Belia Negara dilaksanakan di peringkat negeri berasaskan kepada format yang dilaksanakan di peringkat kebangsaan.

 

OBJEKTIF