Laman Utama Latar Belakang Justifikasi Program Implikasi Kewangan

 

1. LATAR BELAKANG PROGRAM
 

1.1    Pelaksanaan Persijilan Kemahiran Malaysia melalui kaedah PPT telah dilancarkan pada 13 September 1996. Kaedah ini memberi peluang kepada pekerja mahir negara ini untuk mendapatkan pengiktirafan terhadap keterampilan yang mereka miliki. Pekerja-pekerja mahir yang berpengalaman dan tidak mempunyai sijil tertentu boleh memohon mendapatkan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM), Diploma Kemahiran Malaysia (DKM), dan Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM) tanpa perlu mengikuti latihan secara formal atau sebarang ujian khas. Calon hanya perlu menyediakan dan mengemukakan bukti-bukti keterampilan yang telah dimiliki atau diperolehi untuk dinilai dan disahkan di samping syarat-syarat lain yang telah ditetapkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Kementerian Sumber Manusia.

1.2    Sehingga kini terdapat ramai belia-belia yang mempunyai pengalaman dan kemahiran di dalam pelbagai bidang kemahiran yang mereka perolehi secara tidak formal samada melalui bekerja di sektor perindustrian dan juga perniagaan yang mereka ceburi tetapi tidak berpeluang mengikuti latihan kemahiran secara formal di institusi-institusi latihan kemahiran awam dan swasta. Sumbangan mereka ini perlu diiktiraf oleh pihak kerajaan dengan mempersijilkan belia-belia ini melalui kaedah Pentauliahan Pencapaian Terdahulu (PPT).