BESUT, 5 APRIL 2015 – Dalam usaha untuk menyahut pelaksanaan Dasar Belia Malaysia yang mentakrifkan belia sebagai individu yang berumur 15 hingga 30 tahun yang bakal dikuatkuasakan pada tahun 2018 nanti, Pejabat Belia dan Sukan Daerah Besut telah melaksanakan Kursus Kepimpinan Organisasi Tahap 1 sebagai salah satu usaha menerapkan nilai-nilai asas bagi melahirkan seorang pemimpin yang berkaliber pada masa hadapan.


Program yang diadakan pada 31 Mac hingga 02 April baru-baru ini bertempat di D’Muara Chalet Tok Bali, Pasir Puteh, Kelantan ini disertai seramai 40 belia dan beliawanis dari persatuan belia di daerah Besut. Mereka terdiri daripada 27 lelaki dan 13 perempuan.

Kursus ini bertujuan untuk melatih pemimpin pelapis sekurang-kurangnya berstatus eksekutif di dalam organisasi dan persatuan di pelbagai peringkat. Selain itu, ia bermatlamat untuk melahirkan tenaga pelatih sama ada sebagai penceramah, fasilitator atau jurulatih di dalam bidang kepimpinan.

Majlis penutup dan penyampaian sijil disempurnakan Timbalan Pengarah, Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Naka Kedah merangkap penceramah pada kursus ini, Mazlan Husin. Hadir sama, Pegawai Belia Dan Sukan Daerah Besut, Hadih Zakaria.

Oleh : Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Terengganu

Disunting : Razali Haji Mohamed Yassin (Unit Komunikasi Korporat KBS)
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Go to top