Berita KBS

KUALA LUMPUR, 12 FEBRUARI 2020 - Pada 12 hingga 14 Februari 2020, bertempat di Casa 1, Majlis Sukan Negara, Bukit Jalil. Unit Anti-Doping Malaysia (ADAMAS) telah mengadakan satu program iaitu " Bengkel TOT Pendidikan Malaysia 2020.

Program, ini telah disertai seramai 44 peserta  yang terdiri daripada penyelaras-penyelaras Majlis Sukan Negeri dan juga pegawai-pegawai dari Institusi Sukan Negara dan Majlis Sukan Negara. Tujuan program ini diadakan adalah untuk mewujudkan kesedaran di kalangan kakitangan pegawai penyelaras anti doping Majlis Sukan Negeri, Institut Sukan Negara dan Majlis Sukan Negara bagi melaksanakan penyebaran anti doping melalui pembelajaran dan pengajaran berkaitan anti doping, melahirkan penyelaras anti doping yang terlatih diperingkat Majlis Sukan Negeri, Institut Sukan Negara dan Majlis Sukan Negara. Tujuan porgram ini diadakan juga adalah untuk memberi latihan dan tunjuk ajar ilmu anti doping kepada pegawai penyelaras anti doping yang dilantik di peringkat Majlis Sukan Negeri, Institut Sukan Negara dan Majlis Sukan Negara.

Seramai 8 orang kakitangan Unit Anti-Doping Malaysia (ADAMAS) yang terlibat sepanjang 3 hari 2 malam program diadakan. Pelbagai aktiviti yang dilakukan seperti, permainan interaktif (QUIZIZZ), dan juga pembentangan projek bagi setiap kumpulan mengenai anti doping yang. Selain itu, pegawai dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) juga telah dijemput bagi memberikan taklimat mengenai ubat-ubatan yang dibenarkan dan tidak dibenarkan untuk diambil oleh atlet-atlet di negara ini. Pada hari terakhir program para para peserta diberikan tugas untuk mencari atlet-atlet negara di sekitar Bukit Jalil bagi memberikan tunjuk ajar mengenai anti doping dan langkah-langkah apabila atlet itu terlibat dengan doping.

KUALA LUMPUR, 10 FEBRUARI 2020 - Urusetia Tetap Para SUKMA, Bahagian Pengurusan Sukan telah menganjurkan Kursus Klasifikasi Para SUKMA Kebangsaan 2.0 dari 10 hingga 12 Februari 2020.

Kursus yang diadakan di Hotel Palace Of The Golden Horses itu melibatkan 112 peserta dari 15 buah negeri dan 5 jenis sukan iaitu lawn bowl, ping pong, tenpin boling, boccia dan memanah.

Kursus ini adalah bertujuan mewujudkan lapisan klasifier di peringkat negeri sebagai proses tapisan atlet sebelum penyertaan atlet - atlet tersebut ke Temasya Para SUKMA XX Johor 2020.

KUALA LUMPUR, 9 FEBRUARI 2020 - Acara anugerah berprestij, Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-34 telah diadakan di   Axiata Arena, Bukit Jalil pada 9 Februari 2020. Seramai lebih 10 ribu penonton telah hadir untuk memeriahkan dan memberi sokongan kepada artis kegemaran masing-masing.

Sebanyak 12 lagu telah terpilih untuk pentas akhir pertandingan Juara Lagu ke-34. Acara itu dimeriahkan lagi dengan kemunculan mengejut Datuk Seri Siti Nurhaliza yang mendendangkan lagu Anta Permana bersama Bob Yusof. Lagu Sumpah nyanyian Naim Daniel muncul juara dan membawa pulang wang tunai sebanyak RM50, 000 beserta trofi.

Putrajaya, 30 JANUARI 2020 –Hala tuju Belia Tahfiz dalam menggilap bakat kepimpinan perlu di arus perdana dan diberi penekanan tambahan bagi menyerlahkan potensi mereka. Pertemuan Pendaftar Pertubuhan Belia bersama AJK MBM yang diketuai sendiri oleh Saudara Jufitri Joha, Presiden MBM melancarkan lagi sesi perbincangan cadangan penubuhan Majlis Belia Tahfiz Malaysia. Turut hadir adalah wakil – wakil ajk Penaja Majlis Belia Tahfiz yang diketuai oleh saudara Muhammad Hafiz atau lebih dikenali sebagai PU Hafiz.  Pendaftar Pertubuhan Belia memberikan khidmat nasihat berkenaan proses –proses pendaftaran serta cadangan struktur penubuhan bagi memudahkan urusan diperingkat jawatankuasa penaja. ROY dan MBM akan sentiasa membantu anak- anak muda Tahfiz dalam arus Pembangunan Belia Negara supaya dapat membentuk belia agar dapat dijadikan ruang bagi menyerlahkan potensi golongan belia tahfiz ini. Turut dibincangkan jua tadi MBM akan sentiasa menyokong pelaksanaan Ikrar Bebas Rasuah (IBR) yang akan dipanjangkan dikalangan seluruh pertubuhan belia Malaysia.    
Go to top