Berita KBS

PUTRAJAYA, 16 JANUARI 2019 - Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Cawangan Putrajaya telah menganjurkan Majlis Tilawah Al-Quran (MTQA) Peringkat Putrajaya Tahun 2020 pada 16 Januari 2020 bertempat di  Dewan Sheikh Daud Al-Fatoni Masjid Tuaku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya. Pada tahun ini KBS telah menghantar seorang Qari iaitu Encik Mohd Hafiz bin Abd Hamid, Penolong Pegawai Belia dan Sukan dari Bahagian Pembangunan Sukan dan seorang Qariah iaitu Puan Yuslina binti Mohd Yunos, Pembantu Tadbir dari Bahagian Pengurusan Sumber Manusia.

MTQA Peringkat Putrajaya pada kali ini telah disertai oleh seramai 12 orang peserta. Qariah yang mewakili KBS iaitu Puan Yuslina binti Yunus telah berjaya menduduki Tempat Kedua membawa pulang Hadiah Wang Tunai berjumah RM1,500.00, Sijil Penghargaan, Senaskhah Al-Quran dan terjemahan dan Satu Set Buku Agama. Beliau juga akan mewakili Putrajaya ke MTQA Peringkat Wilayah Persekutuan yang akan dilangsugkan pada  21 – 23 Januari 2020 di Masjid Wilayah Persekutuan. Syabas dan tahniah diucapkan dari Team KBS.

BANGI, 14 JANUARI 2020 – Bertempat di ISEF Bangi telah berlangsung sesi perkongsian mengenai Indeks Belia Malaysia (IBM) bagi program Peer Volunteer di bawah Projek Reben Kuning. Sesi ini telah disampaikan oleh Puan Shahhanim Yahya, Eksekutif Penyelidik Kanan, Insititut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES).

IBM merupakan instrumen yang dibangunkan bagi memantau perkembangan kualiti hidup dan kesejahteraan generasi belia di Malaysia. Secara tidak langsunh indeks ini mengukur pencapaian program pembangunan belia yang telah dilaksanakan. IBM memberikan maklumat penting tentang ruang dan bidang yang boleh dijadikan tumpuan program pembangunan generasi belia Malaysia.

PAGOH, 9 JANUARI 2020 - Majlis Sukan Negara hari ini menziarahi keluarga arwah Muhammad Ata Maarof, atlet Para Powerlifting Negeri Johor di Taman Pagoh Jaya, Pagoh, Johor.

MSN diwakili Pemangku Pengarah Bahagian Paralimpik, En.Sofian Hamzah yang turut menyampaikan sumbangan saguhati kepada keluarga arwah.

Muhammad Ata maut dalam kebakaran di rumah keluarganya di Taman Pagoh Jaya pada Sabtu.

Muhammad Ata pernah meraih pingat gangsa pada temasya Para SUKMA ke-19 di Perak dua tahun lalu.

Go to top