MARANG, 11 OGOS  2015 – Dewasa ini kita sering melihat dan membaca di dada akhbar tentang kegiatan yang tidak bermoral dan menyalahi undang-undang yang telah dilakukan setengah belia masa kini.  

Di antaranya adalah kes kecurian, pecah rumah, ragut, rogol dan sebagainya, dan ada  yang membabitkan remaja berumur seawal 12 tahun lagi. Rentetan itu, pelbagai usaha yang telah dilaksanakan dan dirancang pihak kerajaan mahupun NGO’S bagi menangani masalah ini. Langkah awal perlu dilaksanakan bagi memberi kekuatan kepada generasi Y ini dalam menempuhi alam remaja dengan baik.  

Menyedari kepentingan itu, baru – baru ini Pejabat Belia dan Sukan Daerah Marang telah mengadakan Kursus Perkhemahan Peringkat Daerah Marang 2015 bertempat di Kem Longsha Loget Pulau Kapas, Marang, Terengganu pada 6 hingga 8 ogos 2015.
  
Objektif utama kursus itu adalah untuk memberi pengetahuan kemahiran berekreasi dan berkhemah kepada peserta, melahirkan pemimpin yang berwibawa, berkeyakinan dan berketerampilan, meningkatkan daya ketahanan mental, fizikal dan rohani peserta dan mendidik peserta untuk menghargai dan memulihara keindahan alam semulajadi.    

Kursus tiga hari  itu dilihat mampu melahirkan belia yang berkualiti dan diharapkan agar mereka dapat mempengaruhi keluarga, rakan dan masyarakat setempat untuk melakukan aktiviti yang berfaedah seperti berekreasi.  

Oleh: PBSD Marang  

Disunting : Razali Haji Mohamed Yassin (Unit Komunikasi Korporat KBS)
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Go to top