NIBONG TEBAL, 9 SEPTEMBER 2015 - Program “ Rock Your Spirit” berlangsung dengan jayanya bermula pada 5 September hingga 6 September baru-baru ini dengan perjalanan bermula setelah para peserta selesai mendaftarkan diri dan bertolak dari Kompleks Rakan Muda Jawi. Tema “ Rock Your Spirit” dipilih sempena untuk meraikan semangat kemerdekaan Malaysia dan semangat sehati sejiwa di kalangan umum terutamanya dari kelompok belia.

Diantara aktiviti yang dijalankan setibanya di Pulau Aman adalah gotong-royong, melawat tapak bersejarah dan beramah mesra bersama penduduk kampung di pulau tersebut. Peserta program “Rock Your Spirit” kemudian berkonvoi ke Jeti Pulau Aman yang terletak di Batu Kawan dengan menaiki kereta dan motosikal. Penyertaan seramai 100 peserta terdiri dari para sukarelawan Nibong Tebal dan peserta Anugerah Remaja Perdana (ARP) Daerah Seberang Perai Selatan turut mengambil bahagian dalam Program Jelajah ke Pulau Aman sempena program ini. Beberapa kawasan yang menjadi lokasi utama aktiviti gotong-royong dijalankan seperti Telaga Emas dimana telaga ini mempunyai sejarah tersendiri dengan airnya tidak pernah kering sejak berpuluh puluh tahun dahulu. Seterusnya, masjid yang terdapat di Pulau Aman.

Kebiasaannya pada hari Jumaat, orang lelaki tidak digalakkan keluar dari Pulau kerana bimbang kehadiran jemaah untuk solat Jumaat tidak mencukupi minimum 40 orang. Lokasi terakhir adalah di Dewan Orang Ramai kampung itu. Ketiga-tiga lokasi ini merupakan di antara lokasi yang dipilih untuk diadakan gotong royong sempena program “Rock Your Spirit” kali ini. Telaga Emas yang pada suatu ketika dahulu merupakan punca air bagi penduduk di Pulau Aman. Para peserta diberikan taklimat dan penerangan dari Pengerusi JKKKP sendiri, Sanusi Haji Ismail mengenai sejarah-sejarah Pulau Aman.

Dengan jumlah penduduknya hanya terdiri lebih kurang 200 orang sahaja dan dianggarkan jumlah rumah sebnayak 50 rumah, rata -rata penduduk disini merupakan nelayan dan peniaga. Pulau Aman juga terkenal dengan jolokan mee udang dan belacan yang sememangnya menjadi kegemaran penduduk dan para pelancong setiap kali berada di Pulau Aman. Turut serta dalam program ini, Pengerusi Majlis Belia Daerah Seberang Perai Selatan. Pengerusi SRCC, Pegawai dan Penolong Pegawai Belia dan Sukan Daerah Seberang Perai Selatan, Pegawai Rakan Muda, Pekerja Belia Padu dan para penduduk Pulau Aman sendiri.


Oleh :
Munirah Binti. Ramlee ( PBSD Seberang Perai Selatan )
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Disunting :
Razali Haji Mohamed Yassin (Unit Komunikasi Korporat KBS)
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Go to top