TUMPAT, 16 SEPTEMBER 2015 – Pejabat Belia dan Sukan Daerah Tumpat dengan kerjasama Majlis Belia Jajahan Tumpat telah menganjurkan aktiviti berbasikal sempena Sambutan Hari Malaysia, di sini, hari ini.  

Seramai 100 belia dan masyarakat setempat turut menjayakan program tersebut. Majlis sambutan ini dirasmikan Pengerusi Majlis Belia Jajahan Tumpat, Rozi Md Taib.  

Program seperti ini diadakan adalah untuk menggalakkan belia-belia dan masyarakat setempat mengamalkan budaya bersukan dan semangat bekerjasama. Selain itu, ia dapat membasmi gejala sosial di kalangan belia serta dapat memupuk budaya hidup yang sihat.    

Oleh : Mohd Sobry Md Akhir ( Pejabat Belia dan Sukan Daerah Tumpat )  

Disunting : Razali Haji Mohamed Yassin (Unit Komunikasi Korporat KBS)
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Go to top