TANJONG KARANG, 14 SEPTEMBER 2015 – Konvoi ‘ Rock Your Spirit’ Rakan Muda telah diadakan di Kampung Tok Adam, Tanjong Karang pada 12 September baru-baru ini . Program sepanjang hari ini bertujuan menggalakkan masyarakat setempat terutamanya golongan remaja untuk menyemarakkan rasa cinta kepada negara dan menerapkan pendekatan baharu program Rakan Muda yang lebih efisyen dan mesra belia.

Aktiviti konvoi yang disertai lebih 50 motosikal ini diselitkan dengan aktiviti kemasyarakatan dikawasan terbabit disamping ceramah patriotisme oleh tokoh belia setempat. Majlis perasmian pelepasan peserta konvoi disempurnakan Azrul Hafiz Mohamad selaku Penolong Pengarah Bahagian Pembangunan Rakan Muda, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor bersama dengan Pegawai Belia dan Sukan Daerah Kuala Selangor, Yong Soon Hang, Majlis diserikan dengan kehadiran Intan Syaruza dari Bahagian Pembangunan Rakan Muda Kementerian Belia Dan Sukan serta Pengerusi Majlis Belia Daerah Kuala Selangor, Maruwan Ahmad,


Oleh :
Mohd Amirul Hafiz bin Arshad (PBSD K.Selangor)
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Disunting :
Eazali Haji Mohamed Yassin ( Unit Komunikasi Korporat KBS)
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Go to top