LABUAN, 24 OKTOBER 2015 - Jabatan Belia Dan Sukan Wilayah Persekutuan Labuan dengan kerjasama Majlis Belia Labuan telah melaksanaan Sessi Townhall Dasar Belia Malaysia bertempat di Dewan Auditorium, Institut Latihan Perindustrian (ILP) W.P. Labuan disini hari ini.

Program ini bertujuan untuk menerangkan kepada golongan belia berkaitan penggubalan Dasar Belia Malaysia yang baharu yang akan menggantikan Dasar Pembangunan Belia Negara (DPBN) 1997 ini mula dikuatkuasakan sepenuhnya pada tahun 2018.

Antara tiga penekanan utama dalam proses transformasi ini adalah takrifan umur belia serta kumpulan sasaran, penstrukturan semula tenaga kerja serta penjenamaan semula aktiviti di Kementerian Belia Dan Sukan (KBS) dan peranan KBS sebagai pelaksana dalam program-program pembangunan belia akan turut dibantu oleh agensi dan NGO lain.

Sesi townhall ini dimulakan dengan pembentangan Dasar Belia Malaysia oleh Mohamad Mazlan Haji Anis, Penolong Pengarah Belia Jabatan Belia Dan Sukan (JBS) Labuan. Sesi townhall turut diisi dengan majlis dialog yang menampilkan tiga panel terdiri daripada Pengarah JBS Labuan, Zaini Abd. Aziz, Presiden Majlis Belia Labuan, Basran Yunus dan Naib Presiden Majlis Belia Wilayah, Dzulfaizal Abd. Manan.

Moderator sessi dialog, Rezuan Nawawi yang juga Ahli Parlimen Belia Labuan. Program ini melibatkan seramai 228 peserta yang terdiri daripada Exco dan Ahli Majlis Belia Labuan, ahli persatuan belia di Labuan dan pelajar-pelajar ILP itu sendiri.

Oleh : Mohamad Mazlan Haji Anis (JBS WP Labuan)

Disunting : Razali Haji Mohamed Yassin ( Unit Komunikasi Korporat KBS)
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Go to top