KEMASIK, 1 DISEMBER 2015 - Jabatan Teknologi Multimedia, Institut kemahiran Belia Negara (IKBN) Kemasik dengan kerjasama Kelab Karyawan Lensa Negeri Terengganu (KLIT) telah menganjurkan kursus In- house Training iaitu Kursus Asas Videografi Bagi Penerbitan Video Korporat dan Iklan Komersil pada 26 hingga 28 November 2015 bertempat di Bengkel Teknologi Multimedia di sini.

Kursus ini melibatkan seramai 14 kakitangan dan pengajar dari IKTBN Dusun Tua, kesemua pengajar Jabatan Teknologi Multimedia, IKBN Kemasik yang diwakili lima peserta dan semua 34 pelajar Jurusan Penerbitan Video IKBN ini.

Kursus ini diadakan bertujuan memberi pendedahan asas dari segi teori dan amali kepada kakitangan dan pengajar dari IKTBN Dusun Tua untuk pembikinan video korporat. Kursus selama dua hari ini juga di isi dengan tayangan contoh-contoh video korporat, keperluan dan peralatan yang diperlukan untuk pembikinan video, penghasilan papan cerita (story board), penggambaran luar dan proses suntingan video.

Kursus ini turut menjalankan penggambaran sekitar gerai menjual lemang di Kijal sebagai tugasan para peserta kursus. Pada masa yang sama, ia juga membantu bagi mempromosikan produk industri kecil dan sederhana (IKS) penduduk tempatan.

Kursus ini dijalankan dengan kerjasama Kelab Karyawan Lensa Negeri Terengganu, di mana tenaga pengajar dan penceramah adalah terdiri daripada golongan yang profesional didalam bidang fotografi dan videografi.

Dua tenaga pengajar dan penceramah dijemput bagi menjayakan In-house Training ini. Mereka ialah Junaidi Mohamad selaku Pengerusi Kelab Karyawan Lensa Negeri Terengganu dan Hasrol Affis Hasbullah, pengajar Jabatan Multimedia, IKBN Kemasik merangkap Setiausaha Kelab Karyawan Lensa Negeri Terengganu.

Oleh : Jawatankuasa Portal IKBN Kemasik

Disunting : Razali Haji Mohamed Yassin (Unit Komunikasi Korporat KBS)
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.


Go to top