KLANG, 13 JANUARI 2016 – Kompleks Rakan Muda (KRM) Daerah Klang yang merupakan satu-satunya kompleks yang masih beroperasi di Negeri Selangor kini menjadi tumpuan interaktif belia disamping menawarkan pelbagai kemudahan kepada pengunjungnya.

Menurut Pengurus KRM Daerah Klang, Shamsul Hafis Noraini, pada tahun 2016 kompleks mensasarkan peningkatan pengunjung dan hasil berbanding tahun sebelumnya dengan menawarkan kemudahan yang lebih efisyen dan lebih selesa khususnya kepada individu, agensi kerajaan dan swasta yang membuat tempahan. Menurut beliau, selain menjadi tumpuan belia berkumpul untuk bersukan, kompleks juga menawarkan prasarana yang lengkap untuk menjalankan aktiviti perkhemahan, kursus motivasi, team building dan penginapan yang boleh menampung sehingga 350 orang dalam satu masa.

Mereka yang berminat untuk membuat tempahan prasarana yang ditawarkan boleh menghubungi pejabat di talian 03-32904171 atau menghantar surat melalui faks di talian 03-32914745 dan email ke Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. untuk sebarang maklumat.



Oleh:
Normiza Binti Kadar Maidin ( PBSD Klang )
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Disunting :
Razali Haji Mohamed Yassin (Unit Komunikasi Korporat KBS)
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Go to top