PUTRAJAYA , 15 JANUARI 2016 – “ Tahniah kepada semua dan berkhidmatlah dengan cemerlang ”, demikian ucap Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan , Datuk Jamil Salleh sewaktu menyampaikan amanat sempena majlis mengumumkan kenaikan pangkat pegawai-pegawai Jabatan Belia dan Sukan di Bilik Gerakan Utama, Aras 15 Menara Kementerian Belia Dan Sukan disini hari ini.

Majlis pengumuman yang diadakan secara ringkas ini melibatkan pegawai skim perkhidmatan S serta melibatkan kenaikan dari Gred 41 ke 44, Gred 44 ke 48, Gred 48 ke 52 dan Gred 52 ke 54. Kenaikan pangkat dan gred ini merupakan satu penambahbaikan struktur organisasi yang melibatkan dari dalam Kementerian termasuk di Negeri-negeri dan Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN), Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) dan Akademi Pembangunan Belia Malaysia (APBM).

“ Kenaikan pangkat ini merupakan satu motivasi kepada para penerima memandangkan bebanan kerja dan tanggungjawab menjadi semakin berat”, ujar beliau lagi. Ini juga merupakan satu penghargaan kepada mereka yang telah menunjukkan prestasi cemerlang dalam tempoh perkhidmatan. “ Semoga kenaikan pangkat ini akan mendorong para penerima untuk bekerja dengan lebih efisyen dan bersama-sama menuju kejayaan”, tambah beliau lagi. Hadir sama di majlis ini ialah Timbalan-timbalan Ketua Setiausaha, Dato’ Harun Che Su, Lokman Hakim Ali, Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara, Datuk Hajjah Hatipah Ibrahim serta Ketua Pengarah Bahagian Pembangunan Kemahiran, Haji Zainuddin Yahaya.


Oleh :
Khalid Khairuddin ( Unit Komunikasi Korporat KBS)
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Disunting :
Razali Haji Mohamed Yassin ( Unit Komunikasi Korporat KBS)
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Go to top