JASIN, 20 JANUARI 2016 - "Jangan jadi pertubuhan atau persatuan yang menggemis sebaliknya persatuan perlu berusaha menjana pendapatan bagi membiayai aktiviti melalui projek ekonomi", Begitu petikan ucapan Pegawai Daerah Jasin, Rahman Mohd Din ketika merasmikan Mesyuarat Agung Majlis Gabungan Belia Daerah Jasin baru-baru ini.

Justeru, Pusat Cucian Kereta 4B Jasin yang beroperasi sejak tahun 2012 wajar dijadikan contoh di mana ia menjadi salah satu sumber pendapatan Gerakan Belia 4B Kawasan Jasin.

Pusat cucian yang beroperasi di Anjung 4B Jasin bersebelahan Pejabat Majlis Gabungan Belia Daerah Jasin tersebut melalui pelbagai asam garam jerih perih dalam pengurusan Perniagaan.

Hari ini melalui pelbagai pengalaman yang ditempuhi, pusat cucian ini semakin mendapat sambutan daripada masyarakat setempat. Selain itu, beberapa pemimpin tempatan dan pemimpin belia turut mendapatkan khidmat cucian kereta di sini. Yang Dipertua Majlis Perbandaran Jasin yang baharu, Shadan Othman juga hadir mendapatkan perkhidmatan mencuci kereta sekaligus menyokong usaha GB4B Jasin.

Oleh : Ahmad Iswadi Ishak, PBSD Jasin
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Go to top