KELANTAN, 12 APRIL 2015 – Majlis pelepasan perasmian bagi program “Jelajah Asean Semarakkan Komuniti” diadakan di Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan oleh Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan, Md Sulji Zakaria pada 9 April baru-baru ini di sini.

Program ini di bawah Ketua Eksplorasinya, Mua’ amar Ghadafi Jamal Datuk Wira yang juga Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM) dan bersama-sama Yang Di Pertua Majlis Belia Kelantan, Mohd Syahbudin Hashim.

Eksplorasi ini disertai 64 peserta yang terdiri daripada 15 peserta Kemboja, tiga peserta Thailand dan 46 dari Malaysia dengan menaiki 18 kenderaan pacuan empat roda (4x4). Program ini dianjurkan Majlis Belia Kelantan dengan kerjasama Kementerian Belia dan Sukan Malaysia (KBS), Jabatan Penyiaran Malaysia (RTM),Biro Tatanegara, ASEAN, Dewan Bahasa dan Pustaka Thailand (DBPT), Union Youth Federation Combodia (UYFC), Universiti Malysia Kelantan (UMK) dan Kelab Sukan Bermotor Kilo Lima Bravo.

Menurut Timbalan Majlis Belia Malaysia, Mohd Zaidi Aziz berkata, “ Program ini diadakan bertujuan untuk meneroka tentang kebudayaan yang pelbagai, bahasa, seni dan agama yang ada di dalam rumpun tiga Negara ASEAN ini. Lebih- lebih lagi Malaysia merupakan tuan rumah bagi Persidangan Negara- Negara ASEAN pada tahun ini. Selain itu, program ini dapat mempromosikan keindahan budaya dan bahasa Malaysia kita di Negara ASEAN yang lain melalui peranan Belia di dalam pendekatan perkongsian ilmu dan idea,”.

Di antara aktiviti penjelajahan, salah satunya melawat ke tempat Union Youth Federation Community Cambodia sempena sambutan Angko Songkran. Manakala di Thailand, penjelajahan bermula di Selatan Thailand hingga ke Bangkok melibatkan tempat- tempat seperti Arayan Phrathet, Batay Maceay dan lain- lain lagi dengan seliaan Dewan Bahasa dan Pustaka Thailand.

Di antara peserta yang sempat ditemubual, Rozali Musa, 35 mewakili Belia Kemboja menyatakan keterujaan beliau yang pertama kali di dalam mengikuti eksplorasi ini dan memberkan beliau banyak ilmu pengetahuan bahasa serta budaya dan program yang boleh disertai melalui aktiviti Belia yang ada di Malaysia terutamanya bersama- sama dengan Majlis Belia Malaysia.

Di samping itu, ia memberi peluang kepada belia daripada Negara ASEAN yang berkaitan untuk berkumpul dan menjalankan aktiviti belia secara bersama.

Oleh: Farah Wahidah Binti Mustaffa ( Urusetia Portal Bahagian Pembangunan Belia, JBSN Kelantan )

Disunting : Razali Haji Mohamed Yassin (Unit Komunikasi Korporat KBS)
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Go to top