W.P. LABUAN, 12 FEBRUARI 2016 : Majlis perasmian ‘Y Centre’, yang terletak di Urban Transformation Centre (UTC) Wilayah Persekutuan Labuan telah disempurnakan oleh Y.A.B. Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Sri Mohd. Najib Bin Tun Haji Abdul Razak pada 06 Febuari 2016.

Pada majlis tersebut, Y.A.B. Perdana Menteri juga telah menandatangani “PLAK” yang menandakan rasminya ‘Y Centre’ yang akan menjadi pusat tumpuan belia-belia dan masyarakat di sekitar W.P. Labuan untuk menjalankan aktiviti kecergasan dan fizikal. Y.A.B. Perdana Menteri turut meluangkan masa untuk meninjau kemudahan yang terdapat di ‘Y Centre’ serta berinteraksi dengan belia-belia yang turut berada di situ. ‘Y Centre’ ini telah beroperasi sepenuhnya bermula pada 01 Februari 2016. Antara kemudahan yang terdapat di ‘Y Centre’ W.P. Labuan adalah gymnasium dan studio aerobik. Turut hadir mengiringi Y.A.B. Perdana Menteri pada majlis tersebut adalah Y.B. Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Tengku Adnan Bin Tengku Mansor, Ahli Parlimen Labuan Y.B. Datuk Rozman Bin Datuk Haji Isli, YBhg. Dato’ Mohd Nadzri Bin Osman, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan dan YBhg. Encik Zaini Bin Abd. Aziz, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan W.P. Labuan. Dianggarkan seramai 50 – 60 orang belia turut berada di situ bagi sama-sama memeriahkan majlis perasmian ringkas ‘Y Centre’ pada hari tersebut.



Berita Oleh :
Azmi Bin Martin, JBS W.P. Labuan
Go to top