PUTRAJAYA, 4 MEI 2016 – Psychology Breakfast Talk yang dianjurkan oleh Bahagian Pengurusan Sumber Manusia Kementerian Belia dan Sukan (KBS) bersama Pembimbing Rakan PErkhidmatan Awam (AKRAB) KBS telah menjemput Prof Dr. Muhaya Hj. Mohamad sebagai penceramah hari ini bertempat di Podium B, Menara KBS. Prof Dr. Muhaya Hj. Mohamad yang dikenali sebagai pakar mata telah memberi ceramah motivasi bertajuk “Mata Hati Pesona Diri”.

“Jangan kita mengagumi sesuatu perkara itu secara melampau selain daripada Allah SWT.” kata Beliau yang juga menjelaskan kelalaian manusia itu sendiri akan menjurus kita untuk melakukan dosa tanpa sedar. Beliau juga menambah bahawa semasa kita bekerja ataupun menjalankan sesuatu urusan, kita hendaklah sentiasa bersikap positif kerana sikap negatif itu akan memakan diri sendiri.

Dengan itu, apabila setiap individu mengamalkan sikap positif, ia akan memberi impak kepada orang sekeliling untuk menjadi lebih positif. Isu yang beliau sampaikan bertujuan untuk memperbaiki kembali kelakuan, akhlak diri sendiri bagi menggilap pesona diri yang lebih baik dari sebelumnya untuk mendapatkan keredhaan Allah SWT. Kebimbangan ini berlaku disebabkan pelbagai masalah kelakuan individu sejak kebelakangan ini, terutamanya masalah anak-anak muda masa kini yang amat merunsingkan ibubapa. Jadi, dengan harapan motivasi yang diberi oleh Prof Dr. Muhaya ini dapat memberi penjelasan kepada mereka yang hadir.


Oleh:
Nor Nabilah Mostafa Kamal (Unit Komunikasi Korporat)
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Disunting oleh:
Encik Adeli Bin Hussin
Go to top