SRI KEMBANGAN, 25 OKTOBER 2016- Institut Sukan Negara (ISN) dan Majlis Sukan Negara (MSN) buat julung kalinya akan menganjurkan Persidangan Kejurulatihan Kebangsaan 2016 yang akan berlangsung di Hotel Palace Of The Golden Horses.

Persidangan yang bertemakan ''Sentiasa membimbing, sentiasa belajar berlangsung selama dua hari bermula Isnin, 24 Oktober dan dihadiri lebih 200 jurulatih berprestij tinggi dalam negara. Persidangan ini bertujuan untuk membincangkan amalan-amalan terbaik kejurulatihan, meningkatkan rangkaian dan hubungan kerja antara jurulatih dan memberi motivasi kepada jurulatih untuk kejayaan di Sukan SEA 2017 yang akan diadakan di Kuala Lumpur.

Antara penceramah yang mengambil bahagian termasuk jurulatih Hoki Australia yang memenangi dua pingat emas di Sukan Olimpik iaitu Dr. Ric Charlesworth, jurulatih Berbasikal Kebangsaan Malaysia,John Beasley, jurulatih Olahraga Paralimpik, A. Jaganathan A/L Ramasamy dan pakar psikologi sukan terkenal Australia, Peter Terry.

Menteri Belia dan Sukan, Yang Berhormat Encik Khairy Jamaluddin berkata '' Saya gembira bahawa ISN dan MSN bersama-sama dalam menganjurkan persidangan ini. Dalam era sukan berprestasi tinggi, pendidikan kejurulatihan yang terdiri daripada Sains dan amalan terbaik global bukanlah hanya suatu kelebihan, tetapi penting dalam memberikan kelebihan kepada jurulatih dan atlet. Saya berharap semua peserta dapat mempelajari ilmu sebanyak yang mungkin daripada persidangan ini dan kembali menjadi seorang jurulatih yang baik''.

Beliau menekankan bahawa setiap jurulatih harus menanamkan sikap 'winning mentality' dalam diri atlet agar mereka mampu bersaing dengan keupayaan maksimum dan seterusnya membawa kejayaan kepada negara. Oleh itu, persidangan ini berharap dapat memberi input yang berguna kepada semua jurulatih di semua peringkat.

Oleh: Muhammad Amirul Izwan bin Isham (Unit Komunikasi Korporat)
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Disunting oleh: Hairol Hisham bin Hamdan (Unit Komunikasi Korporat)
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Go to top