“BUDAYA INTEGRITI, KUALITI PERIBADI” TAJUK SPEAKER CORNER PUSAT SUMBER KBS BAGI MEMUPUK BUDAYA INTEGRITI WARGA KBS
PUTRAJAYA, 22 DISEMBER 2016 : Program Speaker Corner yang terakhir bagi tahun 2016 telah diadakan bertempat di Pusat Sumber KBS yang merupakan satu inisiatif Pusat Sumber KBS untuk memberikan perkongsian ilmu kepada warga KBS bagi melahirkan warga KBS yang berilmu dan bermaklumat.

Seramai 50 orang warga KBS termasuk Perbadanan Stadium, IKTBN Sepang, IKBN Dusun Tua dan DCA telah hadir untuk mengikuti program ini. Penceramah jemputan pada kali ini adalah Encik Mohammad Pauzi bin Paiman, Penolong Setiausaha dari Unit Integriti KBS. Beliau telah menyampaikan ceramah bertajuk “Budaya Integriti, Kualiti Peribadi” yang telah berlangsung pada jam 11 pagi hingga 12.30 tengah hari.

Sambutan yang diterima amat menggalakan dari warga KBS sungguhpun terdapat kekangan tugas, mereka berminat meluangkan masa untuk turut serta dalam program ini. Encik Ahmad Hassanuddin Afendy bin Ridzuan, Setiausaha Bahagian Khidmat Pengurusan juga turut hadir dan telah menyampaikan cenderahati kepada penceramah.

Dalam program ini juga, pemenang bagi Kuiz Hari Kemerdekaan yang telah diadakan pada 23 hingga 30 Ogos 2016 yang lalu telah diumumkan. Antara pemenang adalah seperti berikut:-

Tempat Pertama : Puan Suhana binti Abdullahyi, BKP
Tempat Kedua : Puan Noradilah binti Ismail, JBSN
Tempat Ketiga : Encik Norzaharan bin Sairan, Pejabat TKSU(S)

Setiausaha Bahagian Khidmat Pengurusan telah menyempurnakan majlis penyampaian hadiah dan cenderahati kepada para pemenang.

Disediakan oleh Rohana Ahmad Junid (Pusat Sumber Bahagian Khidmat Pengurusan) 
Disunting oleh Shahrom Abdullah (UKK)
Go to top