"ONE STATE, ONE UNIVERSITY, ONE CENTRE"
BESTARI JAYA, 23 DISEMBER 2016 – Dengan keluasan hampir 1000 ekar, Universiti Selangor (UNISEL) mengintai peluang untuk menjadikan kawasan tersebut sebagai pusat latihan kayak di Selangor.

Pada kunjungan balas Majlis Sukan Negara (MSN) yang diketuai Pengarah Bahagian Pengurusan Sukan, En.Hazani Hashim ke UNISEL Kampus Bestari Jaya menyifatkan tempat tersebut bertepatan untuk dijadikan pusat latihan setempat sukan kayak.

Bagi Timbalan Naib Canselor UNISEL, Prof. Dr. Mokhtar Abdullah, pihak beliau amat berbesar hati untuk menjalin kerjasama tersebut memandangkan UNISEL turut menawarkan kemudahan lain termasuklah kolej kediaman dan pusat sukan.

Selain itu, kerjasama ini turut memberi peluang pendidikan kepada atlet terutama yang berada di bawah Program Pusat Latihan Negeri Selangor.

Disediakan oleh : Adila Mohammad (Majlis Sukan Negara)
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Disunting oleh : Lizza Imelia M. Sulanah (Unit Komunikasi Korporat)
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Go to top