“PEMBELAJARAN BAHASA INGGERIS MELALUI BOTB 2017”
KINARUT - Lagu dalam Bahasa Inggeris telah dijadikan sebagai lagu wajib dalam pertandingan Battle of The Band 2017, anjuran Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) IKBN Kinarut baru-baru ini.

Peraturan format tersebut adalah sebagai sebahagian daripada usaha IKBN Kinarut untuk membiasakan pelajar-pelajar IKBN Kinarut dengan sebutan dan penggunaan bahasa Inggeris yang betul, kata Encik Hardianshah pegawai bahagian Hal Ehwal Pelajar.

Program ‘BOTB 2017’ adalah kali ke-2 dianjurkan oleh MPP IKBN Kinarut sebagai sebahagian dari program untuk mencungkil bakat-bakat pelajar dalam bidang muzik dan lagu. Pada saringan malam terakhir sebanyak 6 buah band telah mempersembahkan lagu dan muzik masing-masing.

Band R410 telah dinobatkan sebagai Johan pertandingan BOTB 2017 manakala Band Blue Lantern dan Jenglot Band tempat kedua dan ketiga. Hadiah-hadiah kepada pemenang telah disampaikan oleh Encik Hj Razali Mohamad, Pengarah IKBN Kinarut. Turut hadir ialah Encik Suhaidi Mustar, Timbalan Pengarah dan Puan Fatimah Abdul Rahman, Penolong Pengarah IKBN Kinarut.

Disediakan Oleh :- Razali Mohamad
Disunting oleh : Unit Komunikasi Korporat KBS
Go to top