KEMAMAN, 12 MEI 2015 - Jabatan Belia dan Sukan Negeri (JBSN) Terengganu dengan kerjasama Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kemaman dan Majlis Belia Daerah Kemaman telah mengadakan Perjumpaan danTaklimat Hari Belia Negara Peringkat Negeri Terengganu 2015 semalam bertempat di Bilik Kuliah, Kompleks Rakan Muda Daerah Kemaman di sini.  

Taklimat tersebut dihadiri 76 orang terdiri daripada 56 lelaki dan 20 perempuan. Mereka terdiri daripada Pengerusi dan Setiausaha persatuan belia di daerah Kemaman. Taklimat disampaikan Timbalan Pengarah JBSN Terengganu, Engku Azman Sayed Mohd.

Objektif program ini adalah untuk memberi pemahaman kepada persatuan belia mengenai Hari Belia Negara Peringkat Negeri Terengganu 2015 yang bakal diadakan pada 14 hingga 16 Mei 2015 bertempat di Dataran Kuala Ping, Hulu Terengganu.  

Selain itu, ia juga merupakan satu langkah mempromosikan Hari Belia Negara Peringkat Terengganu 2015 kepada semua lapisan masyarakat di Negeri Terengganu.


Oleh: Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu  

Disunting : Razali Haji Mohamed Yassin (Unit Komunikasi Korporat KBS)
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Go to top