PEKAN, 21 MAC 2018- Pelumba Forca Amskins Racing Team (FAR), Nik Mohd Azwan Zulkiflie membuktikan bahawa Malaysia tidak ketandusan pelumba berbasikal jarak jauh apabila menduduki podium untuk peringkat ketiga jelajah Le Tour de Langkawi 2018. Beliau yang bersaing bersama pelumba-pelumba bertaraf dunia telah menduduki tempat ketiga daripada 127 pelumba yang bertanding.

Nik Mohd Azwan atau lebih mesra dikenali sebagai ‘Pok Nik’ berjaya menewaskan pelumba yang lebih berpengalaman seperti Andrea Guardini daripada pasukan Bardiani CSF yang diberi jolokan ‘Mr Langkawi’ kerana kecemerlangan beliau pada edisi-edisi LTdL terdahulu. Lebih membanggakan, Pok Nik juga telah berjaya menyarung Jersi Putih iaitu kategori pelumba terbaik Asia sebanyak dua kali pada peringkat ketiga dan juga keempat.

Rakan sepasukannya, Anuar Manan pula menduduki tempat 10 terbaik di peringkat ketiga yang membabitkan laluan sejauh 166km dari Kota Bharu dan berakhir di Kuala Terengganu.

Disediakan oleh:
Muhammad Amirul Izwan (Unit Komunikasi Korporat)
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Go to top