LONDON, 25 OGOS 2018 - Bersempena dengan lawatan kerja rasmi ke United Kingdom, Menteri Belia dan Sukan, YB Syed Saddiq Syed Abdul Rahman telah meluangkan masa berinteraksi bersama komuniti Malaysia di London.

Disertai lebih 150 orang peserta terutamanya di kalangan pelajar-pelajar Malaysia di sana, pelbagai perkara telah dibincangkan dan dipersetujui antaranya penubuhan Rangkaian Rasmi Pelajar Malaysia Luar Negara dan "Culture of Fear Should be Stop". Bermodelkan seperti Majlis Perundingan Belia Negara (MPBN), rangkaian tersebut akan memainkan peranan sebagai platform buat generasi muda Malaysia di luar negara untuk menyuarakan pendapat dan idea demi pemerkasaan belia serta akan dibentangkan di Kabinet agar pandangan mereka juga di ambil kira dalam "policy making" negara.

Seterusnya, pelajar-pelajar tersebut terutamanya di kalangan pemegang biasiswa Kerajaan berhak menyuarakan pendapat termasuklah membuat teguran kepada Kerajaan demi memastikan agenda "youth power" direalisasikan dan menyantuni segenap perspektif.

Disediakan oleh : Unit Komunikasi Korporat KBS
Go to top