SEPANG, 24 Februari 2019 - YB Syed Saddiq, Menteri Belia dan Sukan telah hadir ke acara Malaysia Drag Racing Championship Road Tour 2019 yang bertempat di Persiaran Rimba, Cyberjaya bagi berjumpa dengan para peminat sukan permotoran di Malaysia.

#TeamKBS akan terus menyokong inisiatif program sukan yang dimulakan dari peringkat akar umbi. Ini kerana industri sukan permotoran seperti ini perlu ada pengiktirafan dan liputan yang lebih meluas.

Bantuan secukupnya juga akan diberikan demi memastikan perkembangan yang menyeluruh di masa jangka panjang.

#TeamKBS
#YouthPower

Disediakan oleh : Unit Komunikasi Korporat (UKK) KBS
Go to top