KUALA LUMPUR, 25 Februari 2019 - “KBS menyokong budaya sukan di kalangan wanita dan ingin menarik lebih ramai golongan wanita terlibat dalam pertandingan-pertandingan sukan berprestasi tinggi seperti bola sepak dan rugby” ujar YB Syed Saddiq, Menteri Belia dan Sukan ketika Pertandingan Bowling anjuran Persatuan Wartawan Wanita Malaysia.

Pembabitan wanita dalam bidang sukan harus diberi sokongan dan dipertingkatkan lagi demi mencipta lebih banyak kejayaan dalam bidang tersebut dari segenap lapisan masyarakat.

Pelan yang komprehensif akan dilaksanakan bagi memastikan pembangunan sukan yang kolektif dan bermanfaat.

Majulah sukan untuk semua!.

#TeamKBS
#YouthPower

Disediakan oleh: Unit Komunikasi Korporat (UKK) KBS
Go to top