PUTRAJAYA, 25 Februari 2019 - Seluruh warga #TeamKBS mengucapkan tahniah dan selamat maju jaya buat Encik Ahmad Faedzal MD Ramli di atas pelantikan selaku Ketua Pegawai Eksekutif, Institut Sukan Negara (ISN) yang baharu.

Beliau yang berpengalaman luas di dalam tadbir urus sektor pentadbiran kerajaan, akan mengemudi ISN dengan pengkhususan dalam pembangunan sains sukan dan perubatan sukan negara.

Lulusan Sarjana Pengurusan Sukan dari Florida State Universiti, Ahmad Faedzal amat berpengalaman luas dalam bidang pengurusan sukan termasuk pernah menguruskan bajet pembangunan sukan dan perancangan pelan dan polisi sukan negara.
 
May success be with you, always. Welcome on board!.
 
#TeamKBS
#YouthPower

Disediakan oleh: Unit Komunikasi Korporat (UKK) KBS
Go to top