ALOR SETAR, 30 April 2019 - Universiti Utara Malaysia (UUM) muncul universiti tempatan ke 18 jalin kerjasama dengan Majlis Sukan Negara (MSN) dan Majlis Sukan Negeri sebagai pusat latihan negeri kepada atlet-atlet pelapis negeri dan juga atlet negeri.

Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Universiti Utara Malaysia (UUM) dan Majlis Sukan Negeri Kedah (MSNK) serta Majlis Sukan Negara (MSN) berlangsung di Pusat Konvensyen TH dan disaksikan Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan Negeri Kedah, Mohd Asmirul Anuar Aris.

Dengan kerjasama ini, ia dapat memberi peluang kepada atlet negeri untuk melanjutkan pelajaran dan dalam masa yang sama meneruskan program latihan berpusat di bawah seliaan program Majlis Sukan Negeri.

Ini merupakan kali ketiga untuk tahun 2019 Majlis MOU melibatkan pihak MSN Negara dan Universiti Awam dalam pelaksanaan Program One State One Universiti One Centre dibawah Inisiatif Program MACE.

MSN sebelum ini telah mengadakan MOU dengan 14 Kampus Universiti Teknologi MARA dan Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA).

Go to top