BUKIT JALIL, 26 April 2019 - Majlis Sukan Negara serius dalam menangani isu rasuah di kalangan pegawai dan anggotanya dengan mengadakan Majlis Ikrar Bebas Rasuah (IBR) Peringkat Majlis Sukan Negara hari ini.

Majlis yang berlangsung di Gimnasium 2 itu bertujuan memberi penekanan kepada ikrar dan janji yang dibuat oleh kepimpinan MSN dan warganya untuk memastikan setiap individu yang menandatangani ikrar ini lebih bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas masing-masing.

Ketua Pengarah MSN, Dato' Ahmad Shapawi Ismail berkata, beberapa inisiatif telah dilakukan dan langkah-langkah pencegahan secara berterusan akan terus diambil untuk membendung wujudnya isu rasuah.

Antaranya adalah penggiliran tugas telah dilaksanakan di kalangan warga kerja Majlis khususnya di perjawatan-perjawatan kritikal dan berisiko tinggi yang boleh membuka ruang kepada isu rasuah dan penyalahgunaan kuasa.

Majlis Ikrar Bebas Rasuah (IBR) Peringkat Majlis Sukan Negara telah dihadiri YBhg. Timbalan Pesuruhjaya Puan Razaliah Binti Ab. Rahman, Pengarah SPRM Kuala Lumpur.

Go to top