LABUAN, 27 Julai 2019 - Pelaksanaan Bengkel Tadbir Urus Pertubuhan Belia peringkat Labuan kali ini mensasarkan peserta terdiri daripada Pengerusi / Setiausaha pertubuhan Belia yang telah mendaftar dari tahun 2017 kini di Labuan. Selain dari memberikan bimbingan serta pendidikan asas ROY juga mahu memastikan kemahiran pertubuhan belia yang baharu mentadbir lebih sistematik dan mematuhi Perlembagaan masing-masing. Diharap Persatuan-persatuan baharu di sekitar Labuan dapat berkongsi pengetahuan bersama ahli-ahli serta organisasi persatuan akan lebih teratur disamping menyerlahkan potensi ahli belia. Terima kasih juga kepada Jabatan Belia dan Sukan WP Labuan yang turut bersama-sama menjayakan program pada kali ini.
 
 
FaLang translation system by Faboba