PERLIS, 27 Julai 2019 - Bengkel Tadbir Urus Peringkat Negeri Perlis telah diadakan di Dewan Tuanku Syed Faizuddin Putra, Jabatan Agama Islam Negeri Perlis, Kangar dengan melibatkan 32 penyertaan yang terdiri daripada persatuan Belia tunggal serta penglibatan pegawai daripada JBS Perlis serta wakil Pegawai Belia dan Sukan Langkawi. Melalui bengkel ini juga peserta yang hadir dapat bertukar pandangan dan melontarkan apa jua kekangan dalam mengurus tadbir persatuan masing–masing kepada pihak ROY. Majlis penutup Bengkel telah disempurnakan oleh Puan Norhazita Binti Kamarudin, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis.

Go to top