PULAU PINANG, 4 Ogos 2019 - Sesi Bengkel Tadbir Urus Pertubuhan Belia Peringkat Negeri Pulau Pinang telah selesai dilaksanakan mengikut jadual perancangan. Peserta yang hadir terdiri daripada pemimpin Kelab Tunggal telah memanfaatkan sesi Bengkel dengan sebaiknya untuk meningkatkan pengetahuan dan pemahaman berkenaan sistem pengurusan Pertubuhan yang efektif.

Turut hadir bersama adalah barisan ahli dan pemimpin Junior Chamber International (JCI) Penang dan Pegawai Belia dan Sukan Daerah di seluruh Negeri Pulau Pinang. Kerjasama erat di antara Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia & Jabatan Belia dan Sukan Negeri menghasilkan jaringan kerjasama positif yang secara tidak langsung dapat melahirkan Pertubuhan Belia berprestasi tinggi di Negeri Pulau Pinang.

FaLang translation system by Faboba