KUALA LUMPUR, 6 Ogos 2019 - Pelumba basikal remaja negara, Afiq Iskandar cipta kejutan apabila mengungguli Kriterium Draai Van de Kaai bagi kategori bawah 17 tahun pada kejohanan yang berlangsung di Roosendaal, Belanda.

Ini merupakan kali ke dua podium nombor satu menjadi milik pelumba Malaysia setelah kali pertama pada 2018 menerusi Faisal Izuddin manakala Justin Felix Nagel ditempat ketiga.

Afiq Iskandar merupakan salah seorang daripada 8 pelumba yang terpilih mengikuti siri perlumbaan dan latihan di Eropah menerusi program pendedahan antarabangsa "Path Of Champions: Jelajah Eropah 2019" yang dianjurkan Yayasan CIMB dan Junior Cycling Malaysia.

Program pendedahan ini telah bermula dari 21 Julai lalu sehingga 9 Ogos depan dengan dibarisi empat pelumba bawah 17 tahun dan empat pelumba bawah 19 tahun.

FaLang translation system by Faboba