ALOR SETAR,24 Ogos 2019 - Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia (ROY) akan sentiasa memberikan penekanan kepada Persatuan Belia yang telah berdaftar untuk mengemukakan maklumat yang perlu diberi (MYKD) setiap tahun kepada ROY. Ianya bertujuan bagi mengenal pasti tahap keaktifan dan maklumat Persatuan sentiasa dikemaskini. Melalui program turun padang yang berterusan begini diharap dapat membantu Persatuan dalam mengurus tadbir Persatuan dengan lebih berkesan lagi. Program ini telah dilaksanakan di Institut Pengurusan dan Integriti Negeri Kedah. Terima kasih kepada Persatuan Belia Kedah yang hadir pada sesi bengkel pada hari tersebut.

FaLang translation system by Faboba