CHERAS, 28 OGOS 2019 - Pejabat Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur bersama pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah melaksanakan pemeriksaan ke atas bilik penginapan dan kemudahan serta perkhidmatan lain yang ditawarkan oleh IYC. 

Pemeriksaan ini dilaksanakan bagi tujuan pengelasan taraf bintang sebagai usaha memantau, memelihara dan meningkatkan kualiti kemudahan dan perkhidmatan industri perhotelan negara agar ianya memenuhi ekspektasi pelancongan antarabangsa dan domestik.

Terima kasih kepada Encik Mohammad Sha'ari dari MOTAC dan Puan Shahida dari DBKL atas teguran dan pandangan untuk penambahbaikan semasa pemeriksaan dijalankan.

 

FaLang translation system by Faboba