KUALA TERENGGANU, 7 September 2019 - Tahniah diucapkan kepada kelab belia tunggal di Negeri Terengganu yang telah menghadiri Bengkel Tadbir Urus Peringkat Negeri Terengganu bertempat di Dewan Besar Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu.

Seramai 52 orang peserta yang hadir mendengar sesi taklimat berkaitan pindaan perlembagaan dan Pengisian maklumat Yang Kena Diberi (MYKD) secara online. Sesi tersebut telah disampaikan oleh Puan Siti Rosmawati binti Abd Rafor dan Encik Muhammad Khidhir bin Mohd Fauzi daripada Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia Malaysia. Hadir bersama ke Bengkel ini iaitu Timbalan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu Encik Mohammad bin Embong yang telah menyampaikan sijil penyertaan serta sijil kepada kelab yang menerima pengiktirafan 4 bintang bagi Star Rating iaitu Kelab Rakan Muda Daerah Kuala Nerus dan Kelab Rakan Muda Daerah Marang, pengiktirafan tertinggi 5 bintang diperolehi oleh Kelab Belia Transformasi dari Daerah Setiu.

Semoga kelab belia yang hadir dapat memanfaatkan ilmu yang diberi dalam melaksanakan tadbir urus kelab yang lebih teratur dan dapat meningkatkan lagi penghantaran MYKD. SYABAS sekali lagi kepada Team Roy Zon Timur di atas penganjuran kali ini.

Go to top