KUALA LUMPUR, 12 SEPTEMBER 2019 - 7 muka baharu bakal memperkuatkan skuad ragbi lelaki menjelang temasya Sukan SEA Filipina nanti.

Jurulatih negara, Mohd Saizul Hafifi Mohd Noor berkata kemasukan tujuh pemain baharu itu adalah daripada Program Universiti dan Program Pembangunan MRU.

"Harap gandingan pemain baharu dapat mengadaptasi dengan pemain lama dan memberikan komitmen tinggi serta kematangan yang baik untuk mengekalkan pingat emas", katanya pada sidang media Team Malaysia di Majlis Sukan Negara.

Tambah beliau, antara negara pencabar pada Sukan SEA Filipina nanti ialah Thailand kerana pasukan itu menunjukkan peningkatan malah mula membawa masuk jurulatih dari luar.

Skuad ragbi negara mencipta sejarah terbesar dalam penyertaan Sukan SEA apabila meraih emas buat kali pertama menerusi pasukan lelaki tujuh sepasukan (7s) pada edisi ke-29 di Kuala Lumpur.

Dalam pada itu, skuad ragbi wanita pula mensasarkan untuk melangkah ke pentas final di Filipina nanti.

Penolong jurulatih skuad wanita, Muhammad Faiz Samsukhidir menjelaskan Filipina, Thailand dan Singapura sebagai halangan utama buat barisan negara mencapai sasaran tersebut.

Skuad ragbi wanita negara juga mencatatkan kejayaan membanggakan apabila meraih pingat gangsa selepas menumbangkan Filipina, 7-5.

 

FaLang translation system by Faboba