14 SEPTEMBER 2019 - Cheras - Telah berlangsung dengan jayanya Bengkel Tadbir Urus Peringkat Negeri 2019 (WPKL) bertempat di Pusat Belia Antarabangsa (IYC) dengan kehadiran seramai 71 orang ahli pertubuhan belia dari seluruh WPKL. Pegawai Belia dan Sukan Kawasan turut hadir kebengkel ini bagi memantapkan lagi pengetahuan berkaitan tadbir urus NGO dan membina hubungan baik bersama Persatuan Belia khususnya. 

Bengkel ini membentangkan maklumat berkaitan Pindaan Perlembagaan, MYKD dan juga Tatacara / Tindakan yang perlu diambil oleh NGO selepas penubuhan Pertubuhan Belia.  Taklimat telah disampaikan oleh En. Badrul Hisham bin Kamarudin dari HQ ROY dan juga Cik Nuraida Idris dari ROY Zon Tengah. 

Majlis penyampaian Penarafan bintang juga turut diadakan di akhir bengkel bagi mengiktiraf pertubuhan yang telah berjaya memperolehi 3, 4 dan 5 bintang. Encik Javiqeous Bandana Joannis, Pegawai Belia dan Sukan JBSWPKL mewakili Pengarah JBSWPKL bersama Cik Zaliha Abu Bakar, KPP  Cawangan Penyelarasan dan Pemantauan telah menyampaikan sijil berkenaan. Semoga dengan terlaksananya program sebegini akan dapat membantu meningkatkan tadbir urus pertubuhan yang baik dan secara tidak langsung akan meningkatkan penghantaran MYKD terutamanya bagi WPKL

Go to top