PUTRAJAYA, 11 September 2019 - Bengkel Penulisan Written Instructional Materials (WIM) Kerja Belia Siri III telah diadakan di Dewan Serbaguna Podium B, Menara KBS pada 11 dan 12 spetember 2019. Bengkel yang diadakan selama 2 hari ini telah disertai oleh wakil daripada pelbagai jabatan/ agensi/ bahagian berkaitan pembangunan belia yang dilantik sebagai panel bagi penyediaan WIM ini.  Sebanyak 20 WIM sedang dibangunkan yang merangkumi program Pelaksanaan Kerja Belia Tahap 3, Penyelarasan Kerja Belia Tahap 4 dan Pengurusan Kerja Belia Tahap 5.

Seramai 3 orang fasilitator yang mempunyai kepakaran dalam penyediaan WIM telah dilantik bagi mengendalikan sesi tersebut iaitu En Mohd Saari Che Awang (ILP Pedas),  En Mohd Ghazali Daid (JPK Cyberjaya)  dan Pn. Noor Mahafizan Hanipiah (JPK Cyberjaya). WIM ini dijangka siap sepenuhnya pada bulan Disember 2019.

Go to top