17 September 2019 – Lumut, Perak - Seramai 24 orang pegawai / kakitangan KBS berkampung di Kem Intan Suraya Sungai Siput bagi menjalani Kem Pra Pelayaran Kapal Layar Diraja (KLD) Tunas Samudera Voyage 396/2019.

Majlis Penyerahan peserta kepada Commander Officer Kapal Tunas Samudera, Komander Mohamad Nor telah disempurnakan oleh Tuan Hj Mohd Hatta bin Saliman pada 17 September 2019.

Pengurusan IYC terlibat dalam program ini dengan menghantar penyertaan seorang kakitangan di Bahagian Program iaitu Encik Kalaichelvan A/L Dorairaj.

Pelayaran selama 12 hari ini akan belayar di lokasi Lumut-Phuket-Langkawi-Lumut
Go to top