16 September 2019 - IYC Cheras, Kuala Lumpur - Pengurusan IYC telah menerima lawatan kunjung hormat dari Deligasi Program Pertukaran Belia Malaysia - Indonesia 2019 seramai 25 orang yang mempunyai pelbagai latarbelakang antaranya adalah pelajar universiti, pensyarah, pekerja belia dan pegawai kerajaan yang secara langsung bergerak aktif dalam kerja sukarelawan dan pembangunan belia di Indonesia.

Deligasi diketuai oleh Encik Yossi Ahmad Falah dan Encik Andika Arlistianto dari Kementerian Pemuda dan Olahraga Republik Indonesia.

Taklimat ringkas mengenai IYC telah disampaikan oleh YBhg. Dr. Mohamed Maliki Bin Mohamed Rapiee, Pengarah IYC dan seterusnya deligasi dibawa melawat ke projek tanaman bandar di 'rooftop' bagi berkongsi tentang kepentingan keselamatan makanan dan kelestarian alam ini demi pembangunan yang seimbang pada masa akan datang.

Terima kasih kepada Puan Marcella@Ella binti Kopong, Penolong Pengarah di Unit Hal Ehwal Antarabangsa, Jabatan Belia dan Sukan yang telah menyelaras lawatan pada hari ini.

FaLang translation system by Faboba