KUALA LUMPUR, 1 Oktober 2019 - Dengan lebih seribu aktiviti sukan bakal dianjurkan di seluruh negara Oktober ini, Kementerian Belia dan Sukan sasar lebih 5 juta penyertaan rakyat Malaysia untuk mengambil bahagian dalam mana-mana acara sukan sempena Bulan Sukan Negara 2019.

Lebih menarik, bantuan dana akan diberikan kepada mana-mana pihak yang menganjurkan aktiviti sukan sepanjang Oktober ini.

"Bagi penganjuran program-program sukan peringkat nasional dan antarabangsa yang dianjurkan bersama KBS akan diberikan suntikan dana khas untuk ia dianjurkan pada bulan Oktober ini," jelas Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman selepas merasmikan Bulan Sukan Negara di Putrajaya.

Turut hadir pada majlis pelancaran tersebut Timbalan Menteri, Steven Sim Chee Keong, Ketua Setiausaha, Dr. Waitcahlla R.R.V Suppiah dan juga atlet negara yang turut memeriahkan majlis.

Kemuncak sambutan Bulan Sukan Negara adalah menerusi sambutan peringkat kebangsaan yang akan diadakan pada 12 Oktober 2019 di Bandar Sukan Kuala Lumpur Bukit Jalil, dimana akan disempurnakan oleh Perdana Menteri, YAB Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Go to top