Pulau Pinang, 17 - 19 September 2019 - Bengkel Penyeliaan Berkesan ke Atas Pertubuhan Belia Siri 2/2019 telah berlangsung dengan jayanya. Seramai 36 peserta yang terdiri daripada pegawai Belia dan Sukan berkhidmat di peringkat akar umbi telah mengambil bahagian di dalam bengkel ini. Semua peserta tersebut telah mempamerkan komitmen yang tinggi di dalam setiap sesi. Di akhir bengkel, peserta turut berpeluang untuk bersemuka bersama YBrs. En Badari Ag. Damit, Pendaftar Pertubuhan Belia untuk mengetengahkan isu mereka di dalam tugas penyeliaan pertubuhan Belia akar umbi. Bengkel ini dilihat sebagai platform terbaik kepada PPPB di dalam meningkatkan kemahiran penyeliaan pegawai, di samping menambah nilai terhadap kualiti dan kredebiliti pegawai seiring dengan fokus strategik PPPB untuk memperkasa Pertubuhan Belia.

Go to top