KUALA LUMPUR, 23 Oktober 2019 - Mohd Saddam Mohd Pittli, Wilkiam Yoong Wei Theng dan Mohd Redha Rozlan atau lebih dikenali 'Mat Redho' dan tiga atlet wanita, Tan Jie Yi, Yip Hui Teng dan Salfarina Mohd Drus akan menggalas cabaran negara dalam acara yang julung kali dipertandingkan di Sukan SEA itu.

Mereka akan bertanding dalam enam kategori iaitu 100 meter (m), 400m, 4 x 100m dan lima kilometer lelaki dan wanita dengan sasaran 3 pingat emas menerusi acara lima kilometer, 100m lelaki dan acara berpasukan.

Sandaran utama pastinya terarah kepada juara Ninja Challenge League (NCL), Mat Redho Rozlan yang akan menyertai tiga acara, iaitu 100 meter solo, 400m relay dan 400m assist.

Pengurus pasukan, Andrew Chiu berkata skuad negara akan ke Filipina lebih awal untuk membiasakan dengan trek dan halangan sebenar yang akan ditempuhi mereka.
Go to top