10 November 2019, Pulau Pinang - Majlis Menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia telah selesai dilaksanakan. IBR ini merupakan satu inisiatif baharu yang diperkenalkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). IBR adalah Ikrar, janji dan komitmen dalam memberi penekanan yang dibuat oleh para kepimpinan organisasi dan warganya secara sukarela atas kapasiti sebagai individu untuk memastikan setiap individu yang menandatangani ikrar tersebut akan lebih bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas serta menjauhkan diri daripada sebarang perlakuan rasuah selama memegang jawatan. En Badari Ag. Damit, Pendaftar Pertubuhan Belia telah mengetuai bacaan Ikrar dengan diikuti oleh semua Pegawai dan Kakitangan ROY seluruh Malaysia. Majlis ini telah di saksikan oleh Tuan Samsul Bin Salip, Ketua Pen.Pesuruhjaya SPRM Putrajaya, Puan Azlina bt Mohd Adnan, Penguasa Kanan Putrajaya, SPRM, Tuan Izham bin Ibrahim, Penguasa SPRM Putrajaya serta Penguasa daripada SPRM Pulau Pinang.

Go to top