PUTRAJAYA, 14 Nov 2019 –  Hampir 20 wakil industri dari pelbagai bidang hadir dan berkongsi pandangan mengenai usaha sama strategik dalam pembangunan kekompetenan pelajar Institusi Latihan Kemahiran Belia dan Sukan (ILKBS) dalam satu mesyuarat yang berlangsung di Menara Kementerian Belia dan Sukan (KBS), hari ini.

Mesyuarat selama lebih dua jam itu dipengerusikan oleh Ketua Pengarah Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia, YBhg. Dato’ Dr. Hjh Wasitah Bt. Hj Mohd Yusof.

Beliau berkata, langkah ini membuktikan KBS bukan saja sentiasa bersikap terbuka dalam mendengar suara industri, malah memandang serius setiap pandangan dan cadangan dikemukakan.

“Kita sentiasa ingin melahirkan pelajar yang kompeten dan menjadi tugas kami untuk mengambil maklum balas anda sebagai wakil industri agar kemahiran pengajar dan pelajar ILKBS sentiasa dapat dikemas kini,” katanya ketika mengakhiri Mesyuarat Bersama Industri Peringkat Nasional 2019, di sini, petang tadi.

Potensi kerjasama baru diantara KBS dan industri bagi tahun 2020 juga turut dirangka dan dibincangkan dalam mesyuarat itu.

Antara rakan strategik yang hadir adalah DRB Hicom, Berjaya Corporation Berhad, Antah Schindler, Johor Petroleum Development Corporation Berhad (JPDC), Warisan Tan Chong, Roberlo, Dorsett Putrajaya, Malaysia Automotive, Robotics and IoT Institute (MARii), Universiti iaitu Universiti Malaysia Pahang dan Universiti Malaysia Kelantan.

Go to top