BUKIT JALIL, KUALA LUMPUR 07 Disember 2019 – Pn. Nur Suhaila Ithnin (Penolong Pengarah Pendidikan dan Pencegahan), Unit AntiDoping Malaysia (ADAMAS) telah dijemput oleh pihak Taekwando Malaysia (TM) untuk menyampaikan ceramah AntiDoping kepada 265 orang Instruktor dan Pemeriksa yang telah hadir bagi siri pertama penganjuran Seminar ini oleh Taekwando Malaysia bagi tahun 2019.

Antara perkongsian yang telah disampaikan adalah berkaitan peranan, tanggungjawab sebagai kakitangan sokongan sukan di dalam antidoping serta turut dikongsikan kisah atlet Malaysia dan luar negara yang dihukum oleh kerana telah melakukan pelanggaran peraturan antidoping (ADRVs). Isu yang paling ingin kami titik beratkan adalah terhadap kesihatan umum akibat daripada pengambilan bahan terlarang secara berterusan. Bahan terlarang menjadi mudah didapati dan dicemar palsu di dalam pembuatan produk kesihatan yang terjual di pasaran kini. Oleh yang demikian, para peserta yang hadir telah diajar bagaimana cara untuk mengenal ubat dan supplement kesihatan yang tidak berdaftar serta berkongsikan lambang “PLAY TRUE OLYMPIKC TOKYO 2020” oleh para peserta seperti di dalam gambar.

Pihak ADAMAS mengharapkan agar seluruh masyarakat sukan mahupun orang awam telah mempunyai kesedaran tentang hal ini dan sentiasa terbuka untuk mencuba pembelajaran secara dalam talian pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja. Sila layari ke pautan ini untuk mencuba!

CUBALAH KLIK!
Go to top