PUTRAJAYA, 10 APRIL 2020 - Penyerahan sumbangan PUSPANITA Cawangan Kementerian Belia dan Sukan(PCKBS) kepada Wirawati Frontliner Hospital Putrajaya.

Sebanyak 5 kotak sumbangan berupa tudung dan anak tudung berjaya dikumpulkan oleh PCKBS hasil sumbangan YBhg Datin Seri Penaung PCKBS, Ahli PCKBS, pejabat Peguam Negara, Komuniti PPAM Selasih dan Orang Awam. Sumbangan telah dikumpulkan di lobi Menara KBS mengikut tatacara dan prosedur PKP.

Pihak hospital menzahirkan rasa terima kasih kepada semua penyumbang, PRO Hospital Putrajaya dan ahli PCKBS terutamanya biro sosial yang telah menjayakan program infaq ini. Semoga dengan sumbangan yang disampaikan ini dapat meringankan beban dan sekaligus menceriakan Wirawati Frontliner Hospital Putrajaya.

Penyerahan telah disempurnakan oleh YBrs. Dato' Hajah Wasitah binti Haji Mohd Yusof,Ketua Biro Sosial PCKBS kepada YBrs. Puan Hajah Noorhayati binti Haji Amin,Timbalan Pengarah Pengurusan Hospital Putrajaya di Lobi Utama Hospital Putrajaya.
Go to top